Sunday, June 30, 2013

He is Zamri.

Nama dia Muhammad Zamri Bin Zainal Abidin. Umur 20 tahun. Sepupu aku. Kesian dia, 27hb Jun 2013, beberapa hari yang lepas, dia masuk wad. Sebab ?? DEMAN DENGGI. So, die terpaksa kena tahan dalam wad kat Hospital Tengku Fauziah (HTF), Kangar.

Sehari selepas dia masuk wad baru aku tahu dia kena tahan kat hospital, agak terkejut la. Tapi aku tak sempat nak jenguk dia lagi sebab busy dengan sukanun, 29hb aku dah free baru leh pegi tengok dia. Kesian jer dia, muka cam sakit jer (mmg sakit pom kan). Takleh nak senyum pom dia, pastu aku bawak anggur banyak2 sebab dia yang request nak anggur since aku offer nak beli buah.

Guess what ? Malam tu maghrib dia sesak nafas !! terpaksa guna alat bantuan pernafasan. Family dia nak balik selangor dah sebenarnya malam tu, tapi tak jadi sebab dia tiba2 teruk sesak nafas. Dan aku sangat bersalah !! Sebab dia makan buah anggur banyak sangat petang tu, tu yang sesak nafas tu, serious minta maaf banyak2, waaaa >.<

Dan petang tadi, aku bawak pulak buah anggur, since dia suka, tapi aku baru tahu buah anggur tu penyebab die sesak nafas T_T. Okay lepas ni lau aku pergi, taknak bawak apa-apa2 dah. Waaa. Tadi, lama jugak la aku dok lam wad, siap jaga die kejap, lepas zuhur mak dia balik rumah jap (rumah tamu yg universiti punye utk tetamu luar). So, aku stay la kat sana jaga si zam ni. First time jaga orang sakit, heee xtau nak buat apa, zam yang ajar aku buat tu buat ni, aku mana la tau. Hehe sorii ye zam. Kalau boleh nak je jaga dia lama2, tapi disebabkan mak dia dah ade, takkan aku gatal nak jaga plak kan.

Get well soon zam.

Semoga zam cepat sembuh, kesian dia, aku sayang kot dia ni, sedih je tengok dia sakit :'(

Saturday, June 22, 2013

My 3rd Niece :)

15 Jun 2013. Nurul Syuhada Binti Mohd Shamsani. Welcome to our family dear :)


Dah genap 6 hari umur syuhada ni baru aku boleh buat entry pasal ni, sebab sebelum ni aku tak tahu lagi nama baby ni. Hahaha. Sekarang baru tauu. Hehe.

Friday, June 21, 2013

Bye Sem 4. Bye 2nd Year !

Freedom. but just for a moment. 2 months and 15 days. Happy holiday!
Today is the end of this sem. Tamat sudaaa. Berakhirnya paper Elastomeric Materials tadi, maka berakhirlah sem 4 aku. Sedar tak sedap, pejam tak celik, dah 2 tahun aku menjadi student Kejuruteraan Polimer kat Unimap ni :) *bangga. Hew3~

Tinggal 2 tahun ag sebelum grad. Wahh tak sabarnya nak grad. Penat dah belajar. Hehe. Orang malas memang camni la. Hari ini penat sangat kemas barang, esok dah kena pindah pergi Kolej Taman Semarak untuk sukarelawan sukanun tuh. Rugi je join mende ni, dah tak boleh balik rumah awal. Waaa. Takpe la tahan jela, 10 hari je ponggg. Hehe.

Okay penat, nak tido, bye3~

Wednesday, June 12, 2013

2nd & 3rd Paper !

Okay, hari ini aku update pasal 2nd and 3rd paper aku pulak.

2nd paper : Engineering Statistic (semalam)
3rd paper : Thermodynamics in Polymer (baru sahaja berlaku)

Disebabkan paper statistik semalam, dan hari ini paper thermo, aku memang tak sempat la nak buat entry untuk paper statistik jer, so terpaksa gabung sekali untuk dua2 paper. Hehe.

Okay, start dengan statistik dulu. Haa semalam, hujan lebat kot masa exam (yess, of course tak basah sebab jawab dlm exam hall kan ) tapi sejuk kot !! Dalam dewan dah la aircond sejuk giler, tambah hujan lagi, memang sejuk berganda-ganda la. Nasib pakai jaket unimap kesayangan, so tak sejuk la sangat. Semalam, abg bff aku pegi kot masa exam tu, dia teman member dia. Masa hujan tu, aku dok terpikir la dia dok mana la hujan lebat ni, kesian betol (caring tak ? sweet tak ?) wahahaha. Pastu, aku jawab paper semalam dengan jayanya (jaya la sgt ).

Paper thermo hari ni, soalan pertama je aku dah stuck, ape kemende dia nak ni ??? So aku skip, pergi soalan 2 dulu, okay beres. Urutan number soalan aku jawab tadi, 2, 5, 1, 6, 3. Amik kau ! jawab yang mana senang dulu (kata dr.supri). Aku pom buat camtu la, jawab x ikot soalan, bedal jer. Hehe. Pastu soalan yg aku mula2 tinggal tu, alhamdulillah bleh jawab semua. Conclusionnye, paper thermo lagi rilek kot dari adik dia (physical chemistry, last sem). Sem lepas kalut kot jawab paper tu. Pukul 5pm aku dah beres dah, setengah jam aku dok mengelamun jer. Tengok encik lokman dok main nset, sengih2 jer. Aku gelak dalam hati sorang2. Wahahaha.

So, aku redha and tawakkal jer la dengan paper semalam dan hari ini. Semoga dapat result cemerlang la. Aminn.

*Ada 3 papers lagi :-D

Sunday, June 9, 2013

1st Paper : Hubungan Etnik

Alhamdulillah, petang tadi settle satu paper, iaitu paper Hubungan Etnik. Ni subjek wajib, bukan teras..so 2 jam kredit jelah. Coursework 30%, final exam 70%. So, apa yang aku berjuang tadi tu untuk 70% okay !
Tadi soalan objektif ada 40 soalan, pastu esei 2 soalan. Aku jawab esei dulu bagi siap, takut lupe nanti apa yang dah aku hafal. Tu pom memang dah lupa kot, aku bantai ayat sendiri je tadi, asalkan sama la dengan apa yang aku ingat tuh.

Then, aku jawab objektif pulak bila dah settle 2 esei tu. Haaa lupe pulak. Exam start pukul 2.30pm, pukul 4pm aku dah beres sume soalan esei dan objektif. Pastu mata aku mula la dok merayau-rayau tengok sekeliling dewan. Lecturer yang jaga exam tu pom hensem jugak *yg pada mulanya aku ingat student. Hahaha gatai betol, yang tu jugak yang kau nampak kan noks ! Gatai jer manjang.

Lebih kurang pukul 4.10pm, member aku yg dok depan jadi orang yang pertama kuar dewan, aku pom apa lagi, panggil yaya, jom kuar. Lepas tu baru la beberapa orang berani kuar dewan. Buat ape lama-lama dok dalam dewan tu, baek kuar jelaa. Balik tido lagi bagus. *Aishh tido je keje. Okay, so one paper done !! Hopefully dapat A la kan, Amin :)

Thursday, June 6, 2013

This Year : 21 Years Old !!

Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday happy birthday, happy birthday to me !!! Hahaha tak malu nyanyi untuk bufday sendiri, tapi ala biar je la. Hari ni (6/ 6/2013) genaplah umur aku 21 tahun. Dah tua rupanya aku ni, hihi selalunya perasan muda jekk. Hari ini aku sambut bufday dalam library jelahh, sebab busy study kan, final exam dah dekat. Hehe.

Tapi tak lama kemudian, ada pulak orang datang kacau aku kat library tuh, sape lagi kalau bukan kawan terbaik aku tuh. Hehe gatai jer. Pastu kteorang lunch together2 la hari ni, dia yang belanja. Hehe. Seronok jer dok study sama2 kat library, pastu main teka game word sama2, serius comey jer. Hihi aku memang gedik la. Lewat petang baru kteorang bertolak balik, pastu naik bas sama2, alololo comey sangat, okay dah aku memang gila gedik ! haha

Sebelah malamnya, dia nak bagi hadiah birthday tu, terkejut gak aku bila dia bawak paper bag besar gedabak, hahaha ! Aku macam dah agak dah ape dalam paper bag tu. Ni haaaa !!




Terguling guling aku gelak sebab warna pink. Hahaha.

Alhamdulillah, makin bertambah umur, makin tua lak aku. Hehe. Terima kasih kepada semua yang wish, bagi hadiah, mendoakan aku ye, mekaseh banyak2 !! Hehehe

Tuesday, June 4, 2013

Jadual Final Exam Sem 2 2012/13

09/6/2013 (Ahad) - Hubungan Etnik

11/6/2013 (Selasa) - Engineering Statistic

12/6/2013 (Rabu) - Thermodynamics in Polymers

17/6/2013 (Isnin) - Quality Control

18/6/2013 (Selasa) - Structure and Polymer Properties

21/6/2013 (Jumaat) - Elastomeric Materials

Wish me luck okay ! Semoga dapat menjawab semua paper dengan baik . Amin ^_^

Study Week !!

Hari ini hari ke-3 'study week' untuk sem 2 sidang 2012/13 ni. Aku bertungkus lumus jer study kat library kangar tu. Haa UniMAP ni ada 2 library, satu kat Kangar, satu lagi library rasmi unimap kat Kampus Tetap Pauh. Library kat Pauh ni tak ramai yang datang sebab jauh kot dengan kolej kediaman. Tapi kalau hari belajar, ramai la kot sebab ramai yang belajar kat Pauh ni. Aku tak la, aku belajar kat kawasan Kangar jer. Hehe.Tapi hari ini aku datang library pauh pulak, sebab member aku yaya, ade quiz math kat sini pukul 3. So datang study kat sini jela. Dah la datang dengan moto. Haaa ni yang aku nak cite ni. Datang dengan moto, dah la jauh, aku pulak bawak, penat kot. *wekk mengade. Pinjam moto dengan classmate, pagi2 buta dah kejut taknak bagi dia tido, kang tak terambik pulak moto kalau dia dah tido, tido mati kot. Haha.Okay, bertolak la aku ke Pauh ni naik moto dengan yaya. Yang sebenarnya aku tak berapa ingat la jalan ke pauh ni, hahaha. Yaya pom tak ingat sangat. Aku pom tawakkal je la lau tak ingat jalan, ingat-ingat macam tu jela, takot gak aku lau sesat tapi apa yang aku takot terjadi gak, kiteorang sesat kot, salah masuk jalan. Wahaha nasib bek cepat tersedar salah jalan sebab pelik je jalan yang kteorang masuk tu, macam jalan kampung jer. Hihihi.Malu jer dah dekat 2 tahun dok Perlis ni tapi jalan ke Pauh pom tak berapa ingat. Hahaha. Aku gelak je dengan yaya tu, sama-sama ngengg jer. Hehe. Okay, first paper aku 9hb, hubungan etnik. Malas jer nak baca pasal etnik metnik ni. Adoii. Okay, dah sampai library, study !!!!

Hi There !

Wah wah wah, serious lama dah tak post entry kat blog. Rasa malas jer nak menulis merapu bagai ni. Hari tu ada sampai terfikir nak delete blog ni haa sebab malas sangat nak update. Tapi sekarang rasa rajin la pulak. Hahaha. Yelahh bila rajin dah datang. Ni pom sebab ada la orang tu sibuk suruh aku update blog. Hehe, orang comey tu. Orang yang saya sayang sangat. Wahh okay cukup cakap pasal dia. Okay nanti rajin-rajin aku post la entry banyak-banyak. Okay lenkali. Adioss. Hehe