Thursday, October 10, 2013

Menunggu Detik Pulang Ke WhiteSand

Hari ini hari khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu.  Yay ! Sebab hari sabtu aku nak balik kampung aku, White Sand, yehaaaa! Cuti pertengahan semester bersamaan dengan cuti hari raya aidiladha. Dapat la cuti 9 hari gituu. Hehe.

Seronok sangat nak balik kampung sebab dah 1 bulan tak balik rumah. Rindu mama, rindu abah, rindu adik, rindu abang, rindu jugak kat kucing-kucing comey aku ( Tara, Sara & Imiey). Tapi hari ini baru khamis, ada 2 hari lagi nak balikkkkkkk. Waaaa :(

Kawan-kawan aku ramai dah balik esok. Housemates aku semua balik esok. Kaknini flight pukul 1 lebih esok ke keel, pastu sampai sana parents dia amik terus balik seremban. Jannah maybe balik lepas zuhur esok dengan yaya and zam, naik kereta ke kelantan. Teha pulak bas pukul 6 petang esok ke karak. Arghhh tiinggal aku jela sorang-sorang kat umah.

Dah la petang esok terpaksa pergi lab buat tensile test. Ishh stress betol, orang lain dah balik, aku pulak terpaksa pergi lab buat tensile test bagai tu. Hmm malam esok terpaksa la aku pergi tidur rumah jiran sebelah, tak berani gua nak tidur sorang-sorang dalam rumah ni. nanti tak lena tidur. Hahaha.

So, menunggu jela hari sabtu tiba. Mama, abah, tunggu wani balik ye :)

Saturday, October 5, 2013

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencinta orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Aminah Qutb

Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Sumber : Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Demam Pembukaan Semester Baru -_-

Demam. Aku memang mudah diserang demam. Mungin anti bodi aku lemah sangat. Selalunya awal-awal semester aku akan demam. Demam yang lengkap pakejnya ( demam, pening, selsema, batuk, bersin, sakit tekak). dan aku jugak akan demam di akhir sem, selalunya dalam study week dan akan berlarutan sampai final exam la. Aku dah biasa sangat la masuk dewan exam bersama sapu tangan or tisu untuk lap hingus yang asyik keluar. Uhuk3.

UPSR dulu aku rasa aku tak demam kot tapi lau PMR memang aku ingat lagi aku demam sepanjang periksa PMR tu, dok sok sek sok sek lam dewan exam. SPM pulak rasanya tak demam, tapi trial SPM aku demam. Masa kat matrik aku rasa ada demam tapi tak ingat PSPM 1 ke PSPM 2. Dekat universiti lagi la, boleh dikatakan setiap sem akan demam di awal sem and masa exam tu. Mama aku dah faham sangat aku yang akan kerap demam time exam. Mama akan risau aku takleh jawab exam dengan elok. Hehe.

Sebab aku demam, aku buat kajian sendiri la :

1. Habuk. Bila kemas barang or rumah di awal sem, mesti banyak habuk kan ? waaa aku sangat tak boleh kena habuk ni, kalau tak mudah demam or selsema la. *sebab tu aku malas berkemas. wakaka

2. Perubahan cuaca. yang ni aku rasa la, kat perlis ni je aku mengalaminya. Yelahh cuaca kat perlis ni asyik bertukar-tukar. Seminggu panas. Seminggu hujan. lepas tu rotate balik. (sekarang ni aku demam sebab ni la kot, campur dengan no.3 sekali).

3. Stress. Kalau stress sangat-sangat, banyak fikir banyak nangis, mesti aku akan demam (manja kan).

So, kalau aku demam di awal sem ni kira biasa la tu, selalunya 2 3 hari masuk sem baru dah demam, yang ni dah 4 minggu masuk sem baru , kira ajaib la tu. Hew3~

Stress betol demam time ni, dah la esok (ahad), ada program untuk freshie fakulti aku, aku ni jadi fasi la konon. Semoga demam aku tak berlarutan, lau tak camne nak uruskan kanak-kanak semua tu nanti. Hopefully, Amin :)