Wednesday, December 28, 2011

DiNnEr kEJurUtErAaN pOliMeR ^^_

DINNER lagiii!!!! hahaha..biase la bila da hujung2 sem ni,banyak pulak jemputan dinner yang ak dapat...haha (tp berbayar doe),huhu..kali ni dinner utk batch kos aku plak,KEJURUTERAAN POLIMER!..bertarikh 17hb Disember 2011 at PUTRA PALACE HOTEL kt kangar,perlis ni la..meh nk habaq tujuan dinner ni,..mcm ni,stiap tahun mmg dinner ni akn diadakn..mksudnya setiap batch la dinner ni ada,tujuan die biase la,,nk memperkenalkan junior2 tahun 1 kepada senior2 perempuan n laki2,hehe..sebut sal senior2 laki...gatal plak asenya,ha3..ish2,gatal2..xbaik2..haaaa,dinner ni best!!! sbb aku ade wt persembahan,nk tau ape?? hehe..TARIAN ZAPIN!! haha..nk gelak aku dengar, ak pom xtau cmne ak leh terlibat gk nk join tarian ni,dah la badan keras giler..mmg naiya la..ha3,rosak persembahan je,huhu..tp xpe,bnda da lepas..xkisah la,asal kami buat persembahan dgn ikhlas,suka,hepy..hak3..chill beb!...rilek suda..tp part paling ak xsuka,xcukup makan!!! hu3..xsempat nk makan sangat sbb kalut dgn tarian zapin ni la, kesian kami2 malam tu,..lapar giler..sabar je la,huhu
My coursemate aka classmte,haha..korang mmg sweet!!! sayang korang!!!
(wlau ape pom,aku ttp ayu d tgh,hua3...perasan!)

eh lupe!! yg kt tengah tu,yg kecik mlek baju pink tu..ak pnye lecturer k..ha3
Geng2 zapin kot,haha..klaka gler tme ni..sgt suka, p gmbar ni xbrpe nk lawa la plak..sume jd vampire,hahaha..
bergambar sakan ngan classmate n akak2 senior,hohoho :)

DinNEr pUsAT pENgAjiAN bAHaN..:)

DINNER weh!! ni dinner tuk pusat pengajian aku,sesetengah u pngil fakulti la..u aku pngil pusat pengajian jer,haha..peristiwa ini,(acehh,skema la plak) berlaku pada 15 Disember 2011 kat PUTRA BRASMANA HOTEL,KUALA PERLIS,PERLIS.,.tujuan dinner ni diadakan ialah tuk bagi anugerah dekan kt budak2 yg dpt dekan la..haha..budak2 bijak,insyaallah sem depan ak tergolong lam golongan ni,aminn :)..tlg la doakan aku jgk ye :)..hehe thanks
Aku punye housemate ,NUR JANNAH MOHD ZIN and NURAIN ABDULLAH..hehe,sayang korang :)
hehe,dinner ppk bahan..geng2 fakulti ak la nih :)

Saturday, December 24, 2011

PenGAlamAN PerTAmA mEManDU kEReta ^_^

kenangan2 terindah kat kg.permatang keriang..
adk wan,syakila,me,adk aiman and sofia











besh3,,sangat.suka3..hahaha,alhamdulillah..hari ni first tme seumur hidup ak dpt drive kereta...waaaa,bestttt sangat,..credit to adk nizar,yg jadi cikgu memandu aku,.haha,.mula2 saja nk main2 je,xsangka plak dia nk bgi ak bwk btol2,haha..xbrani sebenarnya sbb bwk byk nyawa kat belakang tu,sofia,adk megat,adk wan n adk aiman..kang sume xsmpat nk kahwin,.sume salah aku jadinya,haha..tapi bila nizar cabar ak dgn cakap dak kelantan pengecut,ak trus brani,bkk pintu tmpt driver,haha..pastu drive..sangat bestttttt bila dapat pegang stereng tu,ngeh2..:)) nsib bek jalan raya kat perlis ni x busy sgt,tp bla msuk part ke pekan tu cuak la ckit bb jalan sempit n banyak kereta,nme pom pekan kn..fikir2 sndri la cmne,hehe,,tp alhmdullilah la selamat smpai ke umah,hehe,...nnti nk try bwk lagi,besttttttttt....btw,kereta tu AUTO hahahaha,..^^_

Tuesday, December 20, 2011

BilA eXAm dA dEKat..

hahahaha,please leave me alone :)
exam adalah sesuatu yg pling ditakuti oleh student2 di mana2 pom,btul x?? ke ade yg suka exam..lau ade mnta maaf la yee ^^_ peace no war..hehe,
bila exm da dkt,aku..ye aku laa,msti stress..sume segala penyakit dtg,serabut,tension,migrain,..nk marah org,truk kn?? haha.
.tu la..sbb byk lagi syllabus xcover,mmg stress la kan.Aku mmg pemalas,..ye sy mengaku,PEMALAS..study last2 minute,.hehe,da hobi nk wt cmne..(truk3,ank sape la nih ye,ish3)..
bila tme exm da dkt ni la ak xsuka orang gatal2 nk kacau ak,mmg xsuka..sbb masa ni mse untuk diri ak sendiri,24hours just for myself..hehe,mcm pentingkn diri sendiri lak kn,tp nak wt cmne..nk hidup,terpaksa la..maaf la kawan2 :) 

mcm cepat je mse berlalu,sedar2 ak da nk final exam da tuk sem 1 ni..hopefully,dapat jwb dgn baik la..result biar cemerlang..menuju ke arah dekan!! ceewahhh...insyaallah, tlg doakn kejayaanku :))

Thursday, October 27, 2011

BerSyuKUrLah DenGAn Ape Yang Ade..


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya aku berjaya gak bergelar seorang mahasiswi setelah struggle selama 1 tahun di tadika, 6 tahun kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah dan 1 tahun kat kolej matrikulasi pahang nuh..hu6,.aku ni bukannya seorang yang bijak sangat, tak ada la sampai tahap layak belajar kat overseas, biasa2 je lah..boleh la jugak aku guna otak dan akal aku ni sebaik mungkin untuk belajar sampai dapat masuk universiti,biarpun local universiti pun..alhamdullillah!!
Tapikan, dalam banyak2 universiti kat Malaysia ni, apesal la aku pilih unimap..korang kenal ke tidak unimap ni, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, haha...
 

Actually kan, unimap ni tak ada pun dalam senarai list universiti pilihan aku masa isi upu dulu tapikan,,upu yang campak aku kat sini!!! sdih kan?? tak kisah la korang sdih ke tidak tapi aku memang sdih tahap giler dah, masa check result upu dulu, terkejut beruk aku tengok aku dapat unimap...haila, muka aku masa tu tak payah nak cakap la..memang nak nangis pun (tp x nngis lagi ye), tapi 1 rumah terkejut dengar jeritan aku masa tu....haha,..over kan aku,..masa tu dalam kepala otak aku,.unimap?? perlis?? apa!!! jauh!!!.. iyelah,aku tinggal kat sebelah timur, tiba2 dapat utara...giler ape upu ni buang aku jauh2,..kalaulah upu ni sejenis manusia, mmg aku dah kat dalam jail dah sekarang ni....ha3,..over2...lau difikirkan, semua pilihan2 yang aku minta tu tak ada la over sangat, sesuai la dgn result matrik aku...memang la tak tinggi..tapi still 3 point something la..
 

Hah, sambung crite yang aku nak nangis tapii xjadi tadi...nak tau kenapa sebab tak jadi?? sebab aku dapat call dari kawan baik aku, dia bgtau dia yang dia pun dapat unimap gak....haiyyoo, masa tu aku memang terlompat sakan..hepy giler...ade jugak kawan kat u nanti, tak ada la sedih sangat..:))
Aku pun siasat la sikit2 pasal unimap ni, baru aku tahu unimap ni universiti untuk major kejuruteraan. Kira ok la tu, aku concern la juga pasal unimap ni (perasan)..nsib baik la aku dapat kos yang aku minat la jugak,ha6..
Bila time daftar tiba, aku pergi la kat kampus tetap unimap ni, aku macam pelik je tengok bangunan2 macam tak siap je lagi...lepas tu baru aku tahu rupa-rupanya unimap ni sebuah universiti yang distributed campus. Berterabur! kampus tetap dia tak siap sepenuhnya lagi. So,memang seluruh perlis ni ada kampus untuk unimap...wahh,kira besar la kan unimap ni..satu perlis ada,kah6..
 

Minggu orentasi biasa la, malas aku nak cerita..
Dekat sini pengangkutan utamanya adalah BAS,so siapa yang perasan sangat dirinya tak biasa naik bas,kena biasa2 kan diri la..tahun 1 tak boleh bawa kenderaan ok,tahun lain boleh la. Hari2 naik bas memang jemu giler.
Rupa2 nya kan, almost 50% new students kat sini,maksudnya tahun 1 la,kena campak kat sini macam aku la...lelong3....ha6, rata2 nya tak minta pun unimap ni,padahal result mereka semuanya 3 lebih, kasihan kan kat kami2 ni...kesiannnn...masa minggu pertama kat unimap., aku memang tak boleh terima hakikat sangat la aku berada kat uni ni..sedih bila kawan2 yang lain dapat universiti pilihan mereka..sampai aku demam seminggu,selsema pulak tu..suara pun hilang,haha,,lawak2..nasib baik 1 hari je suara tak ada,lau seminggu masak aku,masa ni la aku bersyukur sangat aku tidak dilahirkan sebagai orang bisu,alhamdulillah... 


Masuk minggu kedua, aku dah macam boleh terima hakikat la aku kat universiti ni, bila difikir-fikirkan balik, aku macam tak bersyukur kan?? kan3??? Lepas tu, aku beristighfar banyak2 atas sikap aku tu, menyesal pun ada...aku kena bersyukur sebab at least aku dapat la jugak sambung degree kan, kesian orang lain yang tak dapat..so,aku bersyukur3 aku dapat sambung degree ni. Alhamdulillah. Lagila aku bersyukur aku tak kena campak ke sabah & sarawak,lau tak lagi naiya la kan. Ada je budak kuliah aku dari sabah dan sarawak yang kena campak kat sini. Lagi kesian..aku ni kira untung la ni dapat kat semenanjung. Dah memang rezeki aku kat sini kan. So,kamu2 yang maybe benasib macam aku ni..bersyukurlah anda kerana masih berkesempatan untuk bergelar mahasiswa & mahasiswi. Semua yang terjadi ada hikmahnya. ^_^ So.smile :))
BERJUANG UNTUK SEGULUNG IJAZAH!!!!

I LOVE UniMAP!!!!

Monday, October 10, 2011

BERSENDA GURAU SESAMA SUAMI ISTERI


·         Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang secocok dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

Cubit mesra pipi isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA
(^_^)
·          
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/307730_2200918415720_1030084692_32059818_2137742133_n.jpg

Monday, January 10, 2011

PETUA PELAJAR CEMERLANG

PELAJAR CEMERLANG AKAN

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. 
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan



1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan.
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah ).

3. Belajar dalam persekitaran kondusif:
   a). pastikan cahaya adalah terang.
   b). kurangkan gangguan bunyi.
   c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.
   d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
   e). kerusi dan meja menghadap kiblat.
   f). jangan lupa untuk senyum.

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori:
   a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
   b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
   c). mengingat kembali ( recall )
   d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului:
   a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
   b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
   c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul:
   a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.
   b). memberikan tumpuan sepenuhnya.
   c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
   d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran / zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar ).
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

   a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita.
   b). siapkan semua ? bekalan? dengan sempurna.
   c). duduk tegak dikerusi yang selesa.
   d). baca doa penerang hati.
   e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul.
   f). fikir dan ingat kembali isi utama.
   g). catat / lakar.
   h). semak semula ketepatan maklumat.
   i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain.
   j). buat rumusan.
   k). jawab soalan.
   l). tampal maklumat yang rumit di dinding.
   m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
   a). jangan makan kepala ikan.
   b). jangan makan organ dalaman.
   c). jangan minum semasa makan.
   d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut.
   e). jangan melihat kemaluan.
   f). jangan melihat buih.
   g). jangan membaca nama pada batu nisan.
   h). banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
   i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu.
   j). banyakkan makan kekacang.
   k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
   l). jangan makan sehingga terlalu kenyang.
   m). jangan kencing berdiri.

25. Tahu kemahiran mengingat:
   a). tampal nota-nota penting di dinding.
   b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
   c). gunakan kaedah akronim.
   d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
   e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil.

Insyaallah,,anda pasti akn berjaya....^_^

BAGAIMANA MENGHADAPI STRESS MENURUT ISLAM..

1. Membaca al-Quran dengan Menghayati Maknanya
Dengan menghayati makna ayat-ayat dalam al-Quran iaitu memahami dan mendalami isi kandungannya, seseorang itu berupaya menenangkan dan menenteramkan hati dan fikiran.

2. Memperbanyakkan Taubat dan Istighfar
Berfikir sejenak tentang dosa yang dilakukan. Merenung tentang segala nikmat yg Allah beri kepada kita.

Kelebihan Taubat dan Istighfar
+ Disayangi oleh Allah
+ Didoakan oleh para malaikat
+ Diampunkan dosa
+ Allah memberi pelepasan kepadanya daripada sebarang masalah
+ Dimurahkan rezeki
+ Ditinggikan kedudukan di sisi Allah
+ Bertaubat adalah ciri orang yg beriman

3. Mendekatkan Diri kepada Allah

Boleh dilakukan dgn 2 cara:
a) Qiamullail: iaitu bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah dengan meninggalkan kenikmatan tidur.
Seseorang yg bangun pada tengah malam semata-mata utk mengingati Allah, dgn susah payah berwuduk dan bersolat, maka hatinya akan menjadi tenang dan fizikalnya akan jadi kuat.

b) Banyakkan berzikir: Mengingati Allah sama ada dgn perkataan, perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
Allah berfirman dalam Surah al-Ra’d : 28, maksudnya, ”Bukankah dgn mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.”

4. Banyakkan Bersedekah

5. Bijak Mengurus

6. Bersangka Baik Terhadap Allah

7. Tawakal