Saturday, November 16, 2013

Tekanan Di Akhir Semester !

Kuliah untuk semester ini tinggal lebih kurang sebulan je lagi. After that, study week, then final examination at the end of december or maybe awal bulan january. Not so sure because dont know the schedule yet. Pada saat-saat terakhir ni lahh, berbagai tekanan dirasai *nak nangis T.T. Bila dah masuk 3rd year ni, tekanan makin bertambah kot.

Midterm test pom banyak, alhamdulillah ada yang dah buat tapi ada lagi yang belom. Pastu lab report lagi bertambun, tapi sebelum buat lab report tu kena test sample dulu lepas buat experiment tu. Kena cari masa free lagi untuk test sample tu. Dah pulak banyak presentation lagi. Heyyy pasal ni memang stress la. Satu kelas memang ramai, pastu kena present sorang-sorang, memang tak cukup masa la. So, memang banyak masa yang digunakan untuk habiskan semua presentation.

Semalam, aku ada midterm test untuk satu subjek ni. Two weeks before that, my lecturer told us that we'll have an open book test. Hooorayy memang seronok la kiteorang sebab tak payah study, boleh tumpukan kat benda lain macam assignment, lab report, etc. But, sebaliknya yang berlaku. Bila tiba je waktu test, lecturer tu suruh simpan semua nota, buku. Maunya tak terkejut kiteorang, ape hal ?? kata open book test, ni suruh simpan pulak, serius rasa tertipu sangat. Tapi redha jela, jawab jelaa.

Aku main jawab jelah apa yang aku tahu, dah la lecturer tu duduk betol-betol menghadap aku, padahal aku dah duduk barisan paling tengah kot, boleh pulak dia pilih nak duduk situ, malang betol. Memang tak boleh buat apa-apa la aku, nak meniru, sembang pom susah. Nasib la, kejadian semalam tu, redha jela :')

Thursday, November 7, 2013

KAFE CINTA

Hari tu, dua hari lepas, 5/11/2013. Kami berempat pergi la ke forum kafe cinta anjuran Pembina Perlis.

Forum Kafe Cinta : Apabila Kopi Bercampur Susu.

Forum menampilkan ahli-ahli panel hebat iaitu Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim Ke-2i) dan Dr Murizah (Pakar Perunding Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah) bersama Moderator Muhamad Nabil Fikri Jamaluddin (Aktivis PEMBINA Perlis). 

Biasalah kiteorang, pergi mana-mana pom rajin snap gambar.
Kak Nini, Kak Wawa, Me, and Kak Zirah :)




Bab-bab nikah kawin, cinta ni memang laju jela. Biasa remaja kan. Lagipun ingin mengutip ilmu-ilmu yang berguna melalui forum ni, boleh digunakan nanti di masa hadapan.

"Ya Allah, aku jatuh cinta!"

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. (Surah An-Nur : ayat 32-33)

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa ~
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati ~
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan ~
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan ~
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan ~
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif ~
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu ~
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan ~
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan...

Wahai imamku, wahai bidadariku..
Siapa pun awak, dimana pun awak, saya tetap yakin awak ada utk saya. Kerana saya tahu Allah ciptakan setiap makhluk itu berpasangan....

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013.

Disebabkan busy sangat minggu-minggu lepas, tak sempat nak buat entry pasal sukan hari tu. Sekarang je baru rasa sempat nak buat. Hehe. Okay cerita pasal sukan ni, kiteorang panggil Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), sebab memang olahraga je, nanti kalau sukan yang macam bola sepak, bola jaring, and bola-bola whatever tu, itu cerita sem 2. Kalau sem 1, untuk olahraga je.

Okay tahun ni, majlis perasmian penutup pada 27/10/13 hari tu, KOT ni dah yang ke-9 untuk yang tertutup dan untuk yang terbuka baru kali ke-2. Tertutup tu maksudnya, acara olahraga untuk student unimap sahaja, rumah-rumah sukan bagi setiap fakulti, ada 10 fakulti semua. Yang terbuka tu, acara untuk semua staff unimap, participant dari luar, contoh dari universiti lain.

Bagi aku, aku lagi suka sukan sem 1, iaitu olahraga ni, best kot sebab ada rumah sukan bagi setiap fakulti, hias khemah, perbarisan perarakan semua tu. Lagi menarikkk. But aku tak pernah pom join olahraga ni, kekeke. Bukan tak nak join tapi keadaan tak mengizinkan. Masa tahun 1 dulu, aku terpaksa balik kampung, ada hal penting, tapi aku sempat la join perbarisan masa majlis penutup tu, best wooo :)
Haa masa tahun 2 pulak, KOT ni takde, aku pom tak tahu pasal apa. Masa tahun 3 ni pulak, tak boleh join sebab masalah kesihatan, sedih je tak boleh lari kat trek sukan tu.

Tahun ni fakulti aku punya rumah sukan warna GOLD. Hahaha. Fakulti aku Juara Perbarisan kot untuk tahun ni. Terharu gilerr memang, terima kasih kepada semua adik-adik junior yang bagi komitmen :) Haaa lupa pulak, tema sukan tahun ini adalah superheroes. Kelakar jugak kan universiti aku ni, macam comey je bagi tema. Okay dah la malas dah nak menaip, tunjuk gambar-gambar la pulak. HEee.