Thursday, November 7, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013.

Disebabkan busy sangat minggu-minggu lepas, tak sempat nak buat entry pasal sukan hari tu. Sekarang je baru rasa sempat nak buat. Hehe. Okay cerita pasal sukan ni, kiteorang panggil Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), sebab memang olahraga je, nanti kalau sukan yang macam bola sepak, bola jaring, and bola-bola whatever tu, itu cerita sem 2. Kalau sem 1, untuk olahraga je.

Okay tahun ni, majlis perasmian penutup pada 27/10/13 hari tu, KOT ni dah yang ke-9 untuk yang tertutup dan untuk yang terbuka baru kali ke-2. Tertutup tu maksudnya, acara olahraga untuk student unimap sahaja, rumah-rumah sukan bagi setiap fakulti, ada 10 fakulti semua. Yang terbuka tu, acara untuk semua staff unimap, participant dari luar, contoh dari universiti lain.

Bagi aku, aku lagi suka sukan sem 1, iaitu olahraga ni, best kot sebab ada rumah sukan bagi setiap fakulti, hias khemah, perbarisan perarakan semua tu. Lagi menarikkk. But aku tak pernah pom join olahraga ni, kekeke. Bukan tak nak join tapi keadaan tak mengizinkan. Masa tahun 1 dulu, aku terpaksa balik kampung, ada hal penting, tapi aku sempat la join perbarisan masa majlis penutup tu, best wooo :)
Haa masa tahun 2 pulak, KOT ni takde, aku pom tak tahu pasal apa. Masa tahun 3 ni pulak, tak boleh join sebab masalah kesihatan, sedih je tak boleh lari kat trek sukan tu.

Tahun ni fakulti aku punya rumah sukan warna GOLD. Hahaha. Fakulti aku Juara Perbarisan kot untuk tahun ni. Terharu gilerr memang, terima kasih kepada semua adik-adik junior yang bagi komitmen :) Haaa lupa pulak, tema sukan tahun ini adalah superheroes. Kelakar jugak kan universiti aku ni, macam comey je bagi tema. Okay dah la malas dah nak menaip, tunjuk gambar-gambar la pulak. HEee.











No comments:

Post a Comment