Wednesday, June 21, 2017

Menyepi

Ahemm.. sudah lama sebenarnya menyepi dari dunia blog ni. Well, asenye dah 2 tahun kot, ke lama lagi ek ? Hahaha

Sekarang dah habis study dah, dah kahwin dah pom. Hihi. Alhamdulillah :)

Dan satu ag, dah ada anak dah pom, kahkahkah

NAMA SUAMI : Muhammad Yasirhazim Bin Sabari

NAMA ANAK 1 : Hani Raudhah Binti Muhammad Yasirhazim

NAMA ANAK 2 : Haa mana ada anak kedua lagi kih3 😆

My first baby born on 14 December 2016. Now, Hani dah 6 bulan lebih hehe. Seronok sebenarnya ada anak ni. Tengok anak membesar depan mata. Tapi yang tak bestnya aku kerja, kan best dok umah je jaga anak kah3

Tapi tapi...di zaman najib ni, tak mampu la suami je kerja, kena la kerja jugak nak tolong suami hehe.

Hmm well cukup la kot entry sampai sini, nanti mood rajin mai lagi, boleh la merapu ag. Gagagaga okay baiiii

Sunday, March 29, 2015

Pemalas

Semalam kemain aku ngan kaknini plan nak masak hari ni. Nak masak tomyam la, cendawan goreng la, sotong celup tepung la, bla bla bla. Paginya pukul 10 lebih pergi the store cari barang, tapi kat situ barang banyak takde, serai takde, daun limau purut pom takde. Kiteorang ni dah la lapar, so plan pergi makan subway je wakakaka.

Tapi sebab niat nak masak jugak, kiteorang pom nak masak la spaghetti carbonara. Cari sos carbonara, tapi takde jugak, the store ni nak bankrupt ke hapee, sume barang cam takde je. Last2 beli bawang dgn tepung goreng ayam jer kat the store. Kui3.

Pastu pergi la makan kat subway, lepas makan tu masuk cmart sebab nak cari barang2 untuk spaghetti tuh. Tapi disebabkan ade member sorang tu terpaksa balik emergency, aku ngn kaknini macam malas la pulak nak masak spaghetti. So baik masak nasi goreng dengan ayam goreng jela.

So, beli ayam drumstick jela 4 ketul dengan perencah nasi goreng kat cmart tu. Hahaha kemain plan, dasar pemalas semua. Nasib baik jadi la jugak masak nasi goreng ngn ayam goreng tuh, kenyang jer.

Alhamdulillah XD

Friday, March 27, 2015

Test Test 123 Test

Ahemmm ahemm test test, 1 2 3, test test...

Dah lama giler blog ni bersawang, bukan main malasnya nak mengupdate.

Almaklumla, bila dah masuk final year ni, busy kemain (poyo je busy tu).

Sekarang sem last kat unimap ni ! Hoyeahhh cheq nak abis dah hoiii !!

InsyaAllah bulan jun ni setel sume lepas final exam terus blah dari perlis ni.

InsyaAllah bulan september datang balik untuk pakai jubah konvo dan topi empat segi aka grad weh !

XOXO~~love mmuahhhh XD

Saturday, November 16, 2013

Tekanan Di Akhir Semester !

Kuliah untuk semester ini tinggal lebih kurang sebulan je lagi. After that, study week, then final examination at the end of december or maybe awal bulan january. Not so sure because dont know the schedule yet. Pada saat-saat terakhir ni lahh, berbagai tekanan dirasai *nak nangis T.T. Bila dah masuk 3rd year ni, tekanan makin bertambah kot.

Midterm test pom banyak, alhamdulillah ada yang dah buat tapi ada lagi yang belom. Pastu lab report lagi bertambun, tapi sebelum buat lab report tu kena test sample dulu lepas buat experiment tu. Kena cari masa free lagi untuk test sample tu. Dah pulak banyak presentation lagi. Heyyy pasal ni memang stress la. Satu kelas memang ramai, pastu kena present sorang-sorang, memang tak cukup masa la. So, memang banyak masa yang digunakan untuk habiskan semua presentation.

Semalam, aku ada midterm test untuk satu subjek ni. Two weeks before that, my lecturer told us that we'll have an open book test. Hooorayy memang seronok la kiteorang sebab tak payah study, boleh tumpukan kat benda lain macam assignment, lab report, etc. But, sebaliknya yang berlaku. Bila tiba je waktu test, lecturer tu suruh simpan semua nota, buku. Maunya tak terkejut kiteorang, ape hal ?? kata open book test, ni suruh simpan pulak, serius rasa tertipu sangat. Tapi redha jela, jawab jelaa.

Aku main jawab jelah apa yang aku tahu, dah la lecturer tu duduk betol-betol menghadap aku, padahal aku dah duduk barisan paling tengah kot, boleh pulak dia pilih nak duduk situ, malang betol. Memang tak boleh buat apa-apa la aku, nak meniru, sembang pom susah. Nasib la, kejadian semalam tu, redha jela :')

Thursday, November 7, 2013

KAFE CINTA

Hari tu, dua hari lepas, 5/11/2013. Kami berempat pergi la ke forum kafe cinta anjuran Pembina Perlis.

Forum Kafe Cinta : Apabila Kopi Bercampur Susu.

Forum menampilkan ahli-ahli panel hebat iaitu Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim Ke-2i) dan Dr Murizah (Pakar Perunding Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah) bersama Moderator Muhamad Nabil Fikri Jamaluddin (Aktivis PEMBINA Perlis). 

Biasalah kiteorang, pergi mana-mana pom rajin snap gambar.
Kak Nini, Kak Wawa, Me, and Kak Zirah :)




Bab-bab nikah kawin, cinta ni memang laju jela. Biasa remaja kan. Lagipun ingin mengutip ilmu-ilmu yang berguna melalui forum ni, boleh digunakan nanti di masa hadapan.

"Ya Allah, aku jatuh cinta!"

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. (Surah An-Nur : ayat 32-33)

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa ~
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati ~
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan ~
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan ~
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan ~
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif ~
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu ~
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan ~
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan...

Wahai imamku, wahai bidadariku..
Siapa pun awak, dimana pun awak, saya tetap yakin awak ada utk saya. Kerana saya tahu Allah ciptakan setiap makhluk itu berpasangan....

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013.

Disebabkan busy sangat minggu-minggu lepas, tak sempat nak buat entry pasal sukan hari tu. Sekarang je baru rasa sempat nak buat. Hehe. Okay cerita pasal sukan ni, kiteorang panggil Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), sebab memang olahraga je, nanti kalau sukan yang macam bola sepak, bola jaring, and bola-bola whatever tu, itu cerita sem 2. Kalau sem 1, untuk olahraga je.

Okay tahun ni, majlis perasmian penutup pada 27/10/13 hari tu, KOT ni dah yang ke-9 untuk yang tertutup dan untuk yang terbuka baru kali ke-2. Tertutup tu maksudnya, acara olahraga untuk student unimap sahaja, rumah-rumah sukan bagi setiap fakulti, ada 10 fakulti semua. Yang terbuka tu, acara untuk semua staff unimap, participant dari luar, contoh dari universiti lain.

Bagi aku, aku lagi suka sukan sem 1, iaitu olahraga ni, best kot sebab ada rumah sukan bagi setiap fakulti, hias khemah, perbarisan perarakan semua tu. Lagi menarikkk. But aku tak pernah pom join olahraga ni, kekeke. Bukan tak nak join tapi keadaan tak mengizinkan. Masa tahun 1 dulu, aku terpaksa balik kampung, ada hal penting, tapi aku sempat la join perbarisan masa majlis penutup tu, best wooo :)
Haa masa tahun 2 pulak, KOT ni takde, aku pom tak tahu pasal apa. Masa tahun 3 ni pulak, tak boleh join sebab masalah kesihatan, sedih je tak boleh lari kat trek sukan tu.

Tahun ni fakulti aku punya rumah sukan warna GOLD. Hahaha. Fakulti aku Juara Perbarisan kot untuk tahun ni. Terharu gilerr memang, terima kasih kepada semua adik-adik junior yang bagi komitmen :) Haaa lupa pulak, tema sukan tahun ini adalah superheroes. Kelakar jugak kan universiti aku ni, macam comey je bagi tema. Okay dah la malas dah nak menaip, tunjuk gambar-gambar la pulak. HEee.











Thursday, October 10, 2013

Menunggu Detik Pulang Ke WhiteSand

Hari ini hari khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu.  Yay ! Sebab hari sabtu aku nak balik kampung aku, White Sand, yehaaaa! Cuti pertengahan semester bersamaan dengan cuti hari raya aidiladha. Dapat la cuti 9 hari gituu. Hehe.

Seronok sangat nak balik kampung sebab dah 1 bulan tak balik rumah. Rindu mama, rindu abah, rindu adik, rindu abang, rindu jugak kat kucing-kucing comey aku ( Tara, Sara & Imiey). Tapi hari ini baru khamis, ada 2 hari lagi nak balikkkkkkk. Waaaa :(

Kawan-kawan aku ramai dah balik esok. Housemates aku semua balik esok. Kaknini flight pukul 1 lebih esok ke keel, pastu sampai sana parents dia amik terus balik seremban. Jannah maybe balik lepas zuhur esok dengan yaya and zam, naik kereta ke kelantan. Teha pulak bas pukul 6 petang esok ke karak. Arghhh tiinggal aku jela sorang-sorang kat umah.

Dah la petang esok terpaksa pergi lab buat tensile test. Ishh stress betol, orang lain dah balik, aku pulak terpaksa pergi lab buat tensile test bagai tu. Hmm malam esok terpaksa la aku pergi tidur rumah jiran sebelah, tak berani gua nak tidur sorang-sorang dalam rumah ni. nanti tak lena tidur. Hahaha.

So, menunggu jela hari sabtu tiba. Mama, abah, tunggu wani balik ye :)