Thursday, October 10, 2013

Menunggu Detik Pulang Ke WhiteSand

Hari ini hari khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu.  Yay ! Sebab hari sabtu aku nak balik kampung aku, White Sand, yehaaaa! Cuti pertengahan semester bersamaan dengan cuti hari raya aidiladha. Dapat la cuti 9 hari gituu. Hehe.

Seronok sangat nak balik kampung sebab dah 1 bulan tak balik rumah. Rindu mama, rindu abah, rindu adik, rindu abang, rindu jugak kat kucing-kucing comey aku ( Tara, Sara & Imiey). Tapi hari ini baru khamis, ada 2 hari lagi nak balikkkkkkk. Waaaa :(

Kawan-kawan aku ramai dah balik esok. Housemates aku semua balik esok. Kaknini flight pukul 1 lebih esok ke keel, pastu sampai sana parents dia amik terus balik seremban. Jannah maybe balik lepas zuhur esok dengan yaya and zam, naik kereta ke kelantan. Teha pulak bas pukul 6 petang esok ke karak. Arghhh tiinggal aku jela sorang-sorang kat umah.

Dah la petang esok terpaksa pergi lab buat tensile test. Ishh stress betol, orang lain dah balik, aku pulak terpaksa pergi lab buat tensile test bagai tu. Hmm malam esok terpaksa la aku pergi tidur rumah jiran sebelah, tak berani gua nak tidur sorang-sorang dalam rumah ni. nanti tak lena tidur. Hahaha.

So, menunggu jela hari sabtu tiba. Mama, abah, tunggu wani balik ye :)

No comments:

Post a Comment