Monday, September 23, 2013

Bestfriend VS Girlfriend/Boyfriend

Adakah seseorang yang sudah mempunyai kekasih tidak perlu mempunyai kawan berlainan jantina ? Contohnya kalau saya mempunyai teman lelaki, adalah saya tidak boleh berkawan dengan lelaki lain ? Maksud saya berkawan baik. Walaupun lelaki itu kawan baik saya sebelum saya mempunyai teman lelaki, salahkah saya masih berkawan dengannya ?

Persoalan-persoalan begini akan timbul bila kita sudah mempunyai kekasih. Kita masih memerlukan kawan baik kita tu, dalam masa yang sama kita ingin menjaga hati kekasih kita. Haa yelahh pakwe mana tak jeles kalau awek dia rapat dengan lelaki lain dan awek mana tak jeles pakwe dia dok berkepit dengan awek lain, walhal tu bestfriend dia je pom. Pada pendapat saya, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Definisi kawan adalah sahabat rapat kita yang sentiasa ada semasa kita senang or susah, sentiasa menyokong kita, berkongsi suka dan duka bersama. Definisi kekasih adalah seseorang yang kita cintai, pasangan hidup. Seorang kekasih yang baik akan memahami pasangannya dengan baik, tidak mudah cemburu pabila kekasihnya bersama teman-teman rapat. Mungkin ini bergantung kepada tingkah laku pasangannya jugak la, jangan terlalu berlebihan bersama sahabatnya. Jikalau pasangannya hanya bersahabat baik seperti biasa, saya rasa tidak patut seorang kekasih itu cemburu buta dan menghalang persahabatan diantara pasangannya dan sahabat pasangannya itu. Perlu ke persahabatan yang dibina bertahun-tahun, dan kita mengenali sahabat kita terlebih lama dahulu dari kekasih kita itu runtuh akibat desakan cemburu buta kekasih kita tu ?

Itu sangat tidak adil bagi seorang sahabat, kawan tetap kawan dan kawan hanya kawan. Bagi saya, saya tersangat tidak selesa berkawan dengan pakwe orang. Saya tidak mahu nanti timbul hal di kemudian hari. Walaupun saya dah lama bersahabat baik dengannya, tetapi apabila dia sudah mempunyai kekasih, saya akan cuba menjarakkan hubungan antara saya dan sahabat saya tu sebab saya tersangat tidak selesa jika apabila kami keluar bersama, kami terpaksa berjaga-jaga kerana takut awek sahabat saya ternampak kami keluar bersama, walhal kami bukan berdua pom. Aneh, tapi mungkin itu memang sifat seorang kekasih, cemburu bila pasangannya bersama dengan kaum sejenisnya. Curiga tetap akan timbul walaupun dia tahu mereka adalah sahabat baik.

So, saya ingin menasihati kekasih-kekasih diluar sana supaya jangan terlalu cemburu jika kekasih anda bersama dengan sahabat berlainan jantina dengannya. Cemburu itu juga perlu tetapi biarlah berpada-pada, mengikut kesesuaian situasi. Ingat, kawan hanya kawan, jika mereka mempunyai hubungan yang istimewa, sudah tentu anda tidak akan berpeluang bersama kekasih anda itu, mereka sudah berkawan terlalu lama. Jadi positifkan minda anda, terima semuanya dengan minda yang terbuka :)

Sunday, September 22, 2013

My The Only One Kakak !

Hai uols ! tetiba gediks pulak. Hihi. Malam ni (sekarang pukul 1.23AM), aku nak cerita pasal kakak aku, satu-satunya kakak aku.

Nama penuh kakak aku SITI SALINA BINTI BANI YAMIN. Umur dia sekarang 32 tahun. Sorry kakak, terbocor umur kakak kat sini pulak. Hehe. Kakak aku ni dah kahwin, masa aku form 1 lagi, so dah 8 tahun la kot. Nama suami dia MOHD FADLY BIN YUSOFF (terer tak aku ingat nama penuh abg ipaq aku ni ? Hahaha). Bajet betol, macam tu pom nak cakap teror. Huih.

Ni haa family kakak aku, dari kiri abg ipaq, anak kedua, anak sulung and kakak ~


Nama anak sulung dia, NUR ALYA HAZIQAH BINTI MOHD FADLY. Umur dia 7 tahun. So sekarang darjah 1 la. Dia ni cucu sulung dalam family aku. Lau ikut sebelah family abang ipar aku, dia cucu sulung perempuan. Haa yang sorang lagi, adik kecik nakal ni umor baru 3 tahun tapi nakal sungguh, kakak aku dah tak larat melayan si adik ni. Hahaha nama dia NUR ALEESYA DAMIA BINTI MOHD FADLY.

Jeng jeng jeng !! Sebenarnya kakak aku kan......kakak kan......


Tadaaaaa !!! Kakak aku sekarang ni dah jadi mak buyung. Dah 7 bulan usia kandungannya. Anak ke-3 dia tapi anak sedara ke-4 aku. Hihi anak sedara ke-3 aku si syuhada comey tu. Kakak aku harap sangat yang ni anak lelaki, aku pom nak lelaki tapi tengok la rezeki Allah nak bagi, terima je semua :)

Kakak aku ni kecik molek je, bila pregnant sies nampak comey sangat. Hahaha macammana la rupa aku nanti bila pregnant ye, Hehehe imagination of me is too high. Insyaallah nanti lau ada peluang dan rezeki, dapat la tengok ye, Hehe :)

Aku doakan kakak aku ni nanti selamat melahirkan baby yang sihat dan selamat semuanya, Amin. Sayang kakak banyak-banyak :D

Saturday, September 14, 2013

Semester 5 . Third Year.

Genap 9/9/2013, maka aku pom secara rasminya bergelar pelajar kejuruteraan tahun 3. Yay ! Seniorita ! Berlagak senior mentang2 dah tahun 3. Hehehe.

Sem ni aku serumah dengan classmates aku aka bff aku. KAK NINI. JANNAH. FATEHAH. Sem ni kami berempat jer serumah. Sepatutnya bertujuh tapi tak tahu la camna memang kami dapat berempat jer. So heaven gilaaa ! umah ini kami yang punya. Hahaha. Tapi yang tak bestnya umah ni aras 4. Blok pulak belakang, memang ponat la nak jalan keluar pergi class, beli makanan semua. So, kteorang masak sendiri je makanan kalau malas turun. Hahaha. Biasa la umah perempuan kan.

Aku sebilik dengan Kak Nini, Jannah sebilik dengan Teha. Satu bilik lagi automatik kosong la. Hahaha. Satu bilik lagi Jannah buat bilik simpanan barang2 dia. Amboii tamak giler. Hahaha. Okay tu jela nak cakap awal2 sem ni. Adiosss !