Monday, September 23, 2013

Bestfriend VS Girlfriend/Boyfriend

Adakah seseorang yang sudah mempunyai kekasih tidak perlu mempunyai kawan berlainan jantina ? Contohnya kalau saya mempunyai teman lelaki, adalah saya tidak boleh berkawan dengan lelaki lain ? Maksud saya berkawan baik. Walaupun lelaki itu kawan baik saya sebelum saya mempunyai teman lelaki, salahkah saya masih berkawan dengannya ?

Persoalan-persoalan begini akan timbul bila kita sudah mempunyai kekasih. Kita masih memerlukan kawan baik kita tu, dalam masa yang sama kita ingin menjaga hati kekasih kita. Haa yelahh pakwe mana tak jeles kalau awek dia rapat dengan lelaki lain dan awek mana tak jeles pakwe dia dok berkepit dengan awek lain, walhal tu bestfriend dia je pom. Pada pendapat saya, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Definisi kawan adalah sahabat rapat kita yang sentiasa ada semasa kita senang or susah, sentiasa menyokong kita, berkongsi suka dan duka bersama. Definisi kekasih adalah seseorang yang kita cintai, pasangan hidup. Seorang kekasih yang baik akan memahami pasangannya dengan baik, tidak mudah cemburu pabila kekasihnya bersama teman-teman rapat. Mungkin ini bergantung kepada tingkah laku pasangannya jugak la, jangan terlalu berlebihan bersama sahabatnya. Jikalau pasangannya hanya bersahabat baik seperti biasa, saya rasa tidak patut seorang kekasih itu cemburu buta dan menghalang persahabatan diantara pasangannya dan sahabat pasangannya itu. Perlu ke persahabatan yang dibina bertahun-tahun, dan kita mengenali sahabat kita terlebih lama dahulu dari kekasih kita itu runtuh akibat desakan cemburu buta kekasih kita tu ?

Itu sangat tidak adil bagi seorang sahabat, kawan tetap kawan dan kawan hanya kawan. Bagi saya, saya tersangat tidak selesa berkawan dengan pakwe orang. Saya tidak mahu nanti timbul hal di kemudian hari. Walaupun saya dah lama bersahabat baik dengannya, tetapi apabila dia sudah mempunyai kekasih, saya akan cuba menjarakkan hubungan antara saya dan sahabat saya tu sebab saya tersangat tidak selesa jika apabila kami keluar bersama, kami terpaksa berjaga-jaga kerana takut awek sahabat saya ternampak kami keluar bersama, walhal kami bukan berdua pom. Aneh, tapi mungkin itu memang sifat seorang kekasih, cemburu bila pasangannya bersama dengan kaum sejenisnya. Curiga tetap akan timbul walaupun dia tahu mereka adalah sahabat baik.

So, saya ingin menasihati kekasih-kekasih diluar sana supaya jangan terlalu cemburu jika kekasih anda bersama dengan sahabat berlainan jantina dengannya. Cemburu itu juga perlu tetapi biarlah berpada-pada, mengikut kesesuaian situasi. Ingat, kawan hanya kawan, jika mereka mempunyai hubungan yang istimewa, sudah tentu anda tidak akan berpeluang bersama kekasih anda itu, mereka sudah berkawan terlalu lama. Jadi positifkan minda anda, terima semuanya dengan minda yang terbuka :)

No comments:

Post a Comment