Thursday, November 7, 2013

KAFE CINTA

Hari tu, dua hari lepas, 5/11/2013. Kami berempat pergi la ke forum kafe cinta anjuran Pembina Perlis.

Forum Kafe Cinta : Apabila Kopi Bercampur Susu.

Forum menampilkan ahli-ahli panel hebat iaitu Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim Ke-2i) dan Dr Murizah (Pakar Perunding Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah) bersama Moderator Muhamad Nabil Fikri Jamaluddin (Aktivis PEMBINA Perlis). 

Biasalah kiteorang, pergi mana-mana pom rajin snap gambar.
Kak Nini, Kak Wawa, Me, and Kak Zirah :)




Bab-bab nikah kawin, cinta ni memang laju jela. Biasa remaja kan. Lagipun ingin mengutip ilmu-ilmu yang berguna melalui forum ni, boleh digunakan nanti di masa hadapan.

"Ya Allah, aku jatuh cinta!"

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. (Surah An-Nur : ayat 32-33)

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa ~
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati ~
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan ~
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan ~
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan ~
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif ~
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu ~
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan ~
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan...

Wahai imamku, wahai bidadariku..
Siapa pun awak, dimana pun awak, saya tetap yakin awak ada utk saya. Kerana saya tahu Allah ciptakan setiap makhluk itu berpasangan....

No comments:

Post a Comment