Monday, November 26, 2012

My LoneRangers

Walaupun penat dengan menguruskan dinner pada malam sebelumnya (jumaat), pada hari sabtu lepas iaitu bersamaan 24 Nov 2012, Kami berlima ( Aku, Shera, Jannah, Atin, Lily ) telah merajinkan diri kami menjoining match futsal yang dianjurkan oleh fakulti aku iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan (PPK Bahan).

Atin la yang telah bersungguh-sungguh memujuk kami join match futsal ni. Kiteorg mana la pernah main futsal. Pemalas semua ni. Dengan kesungguhan Atin yang memujuk, aku pom cair la untuk join perlawanan ni. Aku ajak sekalu roommate aku, Jannah. Hehe yeahh dia nak join. Cukuplah kami berlima, xperlu 7 org kot. Dah x larat nak pujuk orang lain join.

Kami pom try2 la main sebelum game yang sebenar. Saje test bakat terpendam menyepak bola. Hahaha. Masa game sebenar, memang banyak kelakar dari serius masa game tu. Kami lawan team 3rd year Polymer, 4th year Material and Polymer. Agak berhati-hati jugak la lawan dengan senior ni. Maklum la hormat. Kiteorg ni 2nd year. Junior kan kena hormat senior. Plus kami mmg budak baik. hehehe. 1st year takde pulak join kecuali ada lam team lelaki.

 Ouh lupa, nama team kiteorg.. LoneRangers !! Helaliah,kiteorg punya classmate yang bagi nama tu. Kami tak kisah, lagipun macam comel je nama tu. Hehehe kan. Walaupun kalah lawan dengan senior, tapi kami rasa happy n excited la jugak. Dapat pengalaman baru. Takpe kalah pom, biase la mula-mula kan. Nnti kiteorg nak try next year. Kami nak mengekalkan kami punya team LoneRangers ni. Bagi femes ckit. Hehehe. Kena cari 2 orang lagi ahli baru bagi cukup 7 orang. Helaliah dah menawarkan diri nak jadi manager kiteorg. Hehe. Nanti kami nak cari jersey tuk team kami. Lalalalala~

Go Go LoneRangers !!!!

Lily, Me, Shera, Jannah and Atin :)


No comments:

Post a Comment